Adsense

Tuesday, July 21, 2009

Rocky Belt.....Part 2


Belt of Rocks di Bulan

..... Dalam seminar Dr. Zahglol An-najaar di salah sebuah universiti British berkata, "keajaiban bulan terbelah telah terbongkar" Beliau pun bercerita tentang seorang british, Dawoo Musa ketika tercari-cari agama mana untuk dianuti telah dihadiah oleh sahabatnya senaskah terjemahan Al-Quran. Dia membuka dan membacanya. Apabila dia membaca surah Al-Qamar, tentang bulan terbelah dua, dia pun terfikir lalu berkata, "bulan terbelah dua?". Selepas itu, dia berhenti membaca ada menutup terus terjemahan al-Quran tersebut.

Pada suatu hari, ketika dia menonton program di BBC yang menyiaran rencana 3 saintis Amerika. Pengacara program itu menyalah Amerika kerana menghabiskan berbillion-bellion dollar (US) untuk projek angkasa lepas, sedangkan berjuta-juta masyarakat di dunia menderita kerana kebuluran. 3 saintis tersebut pun menceritakan kenapa Amerika beria-ia sangat nak buat kajiaa tentang angkasa lepas.

Amerika membelanjakan berbillion-billion untuk projek ke bulan sebab nak kaji struktur bulan sama ada sama dengan bumi atau tidak. Dan mereka terkejut terdapat "belt of rocks" daripada permuka bulan hingga ke dalam struktur bulan.

Saintis memberikan maklumat penemuan meraka kepada pakar geologi. Mereka juga terkejut dan menyatakan bahawa perkara ini tidak mungkin berlaku melainkan bulan pernah terbelah dua dan bercantum semula. "Rocks on the belt" adalah kesan semasa berlakunya bulan terbelah dan bercantuman semula.

Terdengar penjelasan itu, Dawood tercengang dan berkata " Itu adalah mukjizat Nabi Muhammad telah yang berlaku lebih 1400 tahun dahulu. Sekarang Amerika berbelanja berbillion-billion untuk membuktikan penemuan mereka pada umat Islam" Dawood tambah lagi "ini adalah agama yang betul yang aku cari-carikan. Dan surah al-Qamar yang aku baca dahulu adalah betul" Selepas pada itu, dia peluk Islam dan sekarang beliau adalah pengerusi parti islam di british.

SUBHANALLAH

No comments:

Post a Comment