Adsense

Wednesday, July 8, 2009

Rocky Belt.....Part 1

Gambar di sebelah menunjukan lokasi "Rocky Belt" yg menunjukkan bulan pernah terbelah dahulu.
Orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W "jika benar kamu adalah seorang nabi, belah lah bulan itu dan jika kamu boleh melakukannya, maka kami akan percaya kepada mu.
Pada malam itu adalah bulan penuh dan Nabi Muhammad S.A.W pun berdoa kepad Allah untuk mengurniakan kepada beliau mukjizat, dengan kehendakNya, maka terbelah bulan itu. Separuh dapat dilihat sebelah Gunung Saffa dan separuh lagi di sebalah Gunung Kaikaan.

Maka orang-orang musyikin lalu berkata bahawa Nabi Muhammah S.A.W telah melakukan sihir ke atas mereka untuk memperlihatkan bulan terbelah dua. Mereka kemudian berkata, dia boleh melakukan helah dan sihir kepada kita akan tetapi dia tidak boleh memperlakukan perkara yang sama kepada manusia lain. Kata Abu Jahal, "kita tunggu sehingga orang-orang dari Abadiah datang samada mereka menyaksikan perkara yang sama. Jika tidak, maka kita tahu bahawa perkara itu adalah tipu-helah Nabi Muhammad S.A.W.
Kemudian, orang-orang Albadiah berkata bahawa mereka juga menyaksikan bulan terbelah dua. Lalu orang-orang musyrikin meraka berkata, "Oh! betapa kuatnya sihir Muhammad".

Lalu, Allah menurunkan Surah Al-Qamar, ayat 1 hing 3.

" Telah dekat (datangnya) saat itu dan telah terbelah bulan. Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat sesuatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata:` (Ini adalah) sihir yang terus menerus. Dan mereka mendustakan (Nabi) dan mengikuti hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapannya."

No comments:

Post a Comment