Adsense

Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

Semarakkan Ibadah Pada 10 Malam Akhir Ramadan.

Daripada Abu Hurairah R.A. katanya, Rasullullah SAW bersabda:

Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh, maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya berpuasa". (Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)

TAMBAHAN

Semarakkan Ibadah Pada 10 Malam Akhir Ramadan.

- Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah.

- Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah menghidupkan malam-malam tersebut.

- Mengikat tali pinggang(tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada A-isyah r.a yang maksudnya : 'Adalah Rasulullah saw, apabila tiba sepuluh terakhir Ramadan baginda akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya . (Riwayat Bukhari dan Muslim)

- Mandi antara Maghrib dan Isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.

- Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan ALLAH, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".

- Melakukan iktikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: "Biasanya Nabi saw beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan".

- Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.

- Memperbanyakkan sedekah.

Monday, August 9, 2010

Selamat Berpuasa... Ampun & Maaf Sebarang Salah & Silap.



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


Berbahagialah orang yang berpuasa di siang hari dalam bulan Ramadhan kemudian bersembahyang tarawih di malam harinya...


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."


Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang
bermaksud:
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa
yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan
diampuni Allah dosanya yang telah lalu
'.


Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya:
'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya'
.



Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab 'orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:

Malam pertama

Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.


Malam kedua

Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga

Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.

Malam keempat

Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima

Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam

Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.


Malam ketujuh

Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.

Malam kelapan

Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan

Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Malam kesepuluh

Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas

Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas

Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas

Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas

Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.


Malam kelima belas

Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas

Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas

Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas

Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas

Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh

Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu

Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam ke dua puluh dua

Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga

Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat

Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima

Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam

Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh

Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan

Allah mengangkat dengan seribu darjat.


Malam kedua puluh sembilan

Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh

Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.


Hebatnya ganjaran yang ALLAH bagi kepada kita andainya puasa kita setiap hari di bulan RAMADHAN, DITERIMA oleh ALLAH SWT.

Sesungguhnya kita berpuasa dengan penuh ketakwaan (yakni ketakutan) kepada ALLAH akan mendapat ganjaran yang tidak ternilai...insyaALLAH!

Tapi jika kita berpuasa tanpa takwa kepada ALLAH, dikhuatiri puasa kita itu akan menjadi SIA-SIA sahaja...

Wallahu alam!


SALAM RAMADHAN 1431

&

SELAMAT BERPUASA.




Monday, July 5, 2010

Driving in a storm

Inspiring Story: Never Give Up in Life...

One day a young lady was driving along with her father.

They came upon a storm, and the young lady asked her father, "What should I do?"

He said "Keep driving". Cars began to pull over to the side, the storm was Getting worse.

"What should I do?" The young lady asked.

"Keep driving," her father replied.

On up a few feet, she noticed that eighteen wheelers were also pulling over.

She told her dad, "I must pull over, I can barely see ahead. It is Terrible, and everyone is pulling over!"

Her father told her, "Don't give up, just keep driving!"

Now the storm was terrible, but she never stopped driving, and soon she could see a little more clearly.

After a couple of miles she was again on dry land, and the sun came out.

Her father said, "Now you can pull over and get out."

She said "But why now?"

He said "When you get out, look back at all the people that gave up and are still in the storm, because you never gave up your storm is now over."

Lesson from Inspirational Story:

This is a testimony for anyone who is going through "hard times".

Just because everyone else, even the strongest, gives up. You don't have to...if you keep going, soon your storm will be over and the sun will shine upon your face again


Thursday, July 1, 2010

CARA MENADAH TANGAN/BERDOA YANG BETUL

...Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu.
Maka tiadasiapa pun yg boleh menolak kurniaNya.

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .
Mencari keberkatan doa…
Doa senjata orang mukmin…. Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:
1) angkat tangan ke paras dada
2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3) "apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب
Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama 'har hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.


Thursday, May 27, 2010

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Untuk renungan bersama...

APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan ra pat . Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditem pat -tem pat yang sensitif... .. itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan .. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sem pat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak ra pat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.
Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai.
Kepada kawan tem pat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesem pat an buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa se pat utnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keem pat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami... Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.
Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menem pat kan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpenda pat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips; 1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 3..Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran)
4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan da pat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap) 9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya.
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya...
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..
15.. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam, 17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

I NSYA-ALLAH

Source : email

Wednesday, January 6, 2010

Happy New Year 2010



Year come year goes. Sometime, i feel like it makes no different. You only noticed that your become older by 1 year. Your clans wishing you happy birthday... but the rest of your life continues as usual. Life must goes on. Let the past be a history and move forward to venture another history.

It not too late to wish all Happy New Year, may all happiness and have a prosperous year of 2010

HAPPY NEW YEAR

Tuesday, September 1, 2009

The Spirit Of Ramadhan

Photo 1 : Floating Mosque In Kota Kinabalu, Sabah
Week 1 has passed by, and now week 2 is coming through. Week 3 is waiting whilst Week 4 is on queue. As I remember, my residents - from old folks to young toddlers leave home to mosque or nearby musolla. Azan is calling for Isyak prayer. After solat Isyak, people continue with Solat Tarawikh. I am amazed and thrilled with the people around whom I am not familiar with their faces. New generation of youngsters are hanging around chatting while waiting for calling for prayer. New kids are playing and chasing each other. I ask myself, “I don’t see these faces before? Are they new residents in this kampung?” “Or, I seldom go to the musolla?” “Or, because it is yearly affair, new faces appear?” Which is which? But I have to admit that I seldom go to musola for the past few months and community here is growing in number. The fact that this Holy Month is gathering all community, I agree with the statement. And I pray to Allah that I find and gain all baraqah You shower during this holy month and let the spirit of Ramadhan is always with me for me to be with community (Jama’ah) to solat...Isya-Allah.

Tuesday, July 21, 2009

Rocky Belt.....Part 2


Belt of Rocks di Bulan

..... Dalam seminar Dr. Zahglol An-najaar di salah sebuah universiti British berkata, "keajaiban bulan terbelah telah terbongkar" Beliau pun bercerita tentang seorang british, Dawoo Musa ketika tercari-cari agama mana untuk dianuti telah dihadiah oleh sahabatnya senaskah terjemahan Al-Quran. Dia membuka dan membacanya. Apabila dia membaca surah Al-Qamar, tentang bulan terbelah dua, dia pun terfikir lalu berkata, "bulan terbelah dua?". Selepas itu, dia berhenti membaca ada menutup terus terjemahan al-Quran tersebut.

Pada suatu hari, ketika dia menonton program di BBC yang menyiaran rencana 3 saintis Amerika. Pengacara program itu menyalah Amerika kerana menghabiskan berbillion-bellion dollar (US) untuk projek angkasa lepas, sedangkan berjuta-juta masyarakat di dunia menderita kerana kebuluran. 3 saintis tersebut pun menceritakan kenapa Amerika beria-ia sangat nak buat kajiaa tentang angkasa lepas.

Amerika membelanjakan berbillion-billion untuk projek ke bulan sebab nak kaji struktur bulan sama ada sama dengan bumi atau tidak. Dan mereka terkejut terdapat "belt of rocks" daripada permuka bulan hingga ke dalam struktur bulan.

Saintis memberikan maklumat penemuan meraka kepada pakar geologi. Mereka juga terkejut dan menyatakan bahawa perkara ini tidak mungkin berlaku melainkan bulan pernah terbelah dua dan bercantum semula. "Rocks on the belt" adalah kesan semasa berlakunya bulan terbelah dan bercantuman semula.

Terdengar penjelasan itu, Dawood tercengang dan berkata " Itu adalah mukjizat Nabi Muhammad telah yang berlaku lebih 1400 tahun dahulu. Sekarang Amerika berbelanja berbillion-billion untuk membuktikan penemuan mereka pada umat Islam" Dawood tambah lagi "ini adalah agama yang betul yang aku cari-carikan. Dan surah al-Qamar yang aku baca dahulu adalah betul" Selepas pada itu, dia peluk Islam dan sekarang beliau adalah pengerusi parti islam di british.

SUBHANALLAH

Wednesday, July 8, 2009

Rocky Belt.....Part 1

Gambar di sebelah menunjukan lokasi "Rocky Belt" yg menunjukkan bulan pernah terbelah dahulu.
Orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W "jika benar kamu adalah seorang nabi, belah lah bulan itu dan jika kamu boleh melakukannya, maka kami akan percaya kepada mu.
Pada malam itu adalah bulan penuh dan Nabi Muhammad S.A.W pun berdoa kepad Allah untuk mengurniakan kepada beliau mukjizat, dengan kehendakNya, maka terbelah bulan itu. Separuh dapat dilihat sebelah Gunung Saffa dan separuh lagi di sebalah Gunung Kaikaan.

Maka orang-orang musyikin lalu berkata bahawa Nabi Muhammah S.A.W telah melakukan sihir ke atas mereka untuk memperlihatkan bulan terbelah dua. Mereka kemudian berkata, dia boleh melakukan helah dan sihir kepada kita akan tetapi dia tidak boleh memperlakukan perkara yang sama kepada manusia lain. Kata Abu Jahal, "kita tunggu sehingga orang-orang dari Abadiah datang samada mereka menyaksikan perkara yang sama. Jika tidak, maka kita tahu bahawa perkara itu adalah tipu-helah Nabi Muhammad S.A.W.
Kemudian, orang-orang Albadiah berkata bahawa mereka juga menyaksikan bulan terbelah dua. Lalu orang-orang musyrikin meraka berkata, "Oh! betapa kuatnya sihir Muhammad".

Lalu, Allah menurunkan Surah Al-Qamar, ayat 1 hing 3.

" Telah dekat (datangnya) saat itu dan telah terbelah bulan. Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat sesuatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata:` (Ini adalah) sihir yang terus menerus. Dan mereka mendustakan (Nabi) dan mengikuti hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapannya."