Adsense

Friday, August 28, 2009

FW: CORETAN SUAMI KEPADA PENGIDAP WABAK INFUENZA A(H1N1)

from CINA ISLAM (林川興) by


Assalaimualaikum YB,

Coretan yang saya paparkan ini hanyalah sebagai pengajaran kepada sesiapa saja yang membacanya, bukannya bertujuan untuk mencari salah sesiapa. Saya tetap reda dengan ketetapan dan kententuan yang telah allah berikan kepada saya sekeluarga. Ianya juga boleh dijadikan pengajaran agar kita sentiasa berhati-hati di masa hadapan memandangkan wabak ini semakin serius melanda Negara kita.

Saya adalah salah seorang keluarga mangsa yang terkena jangkitan Wabak Infuenza A(H1N1) iaitu isteri saya yang disahkan positif pada 30 Jul jam 1230 malam melalui Dr yang merawat di salah sebuah Hospital di Lumut Perak. Itupun saya diberitahu oleh mangsa sendiri (isteri) melalui telefon. Pada keesokan harinya semasa melawat isteri, saya telah dilarang untuk memasuki bilik yang mana ditempatkan isteri saya atas alasan keselamatan dari jangkitan. Saya akur dengan kehendak tersebut tetapi saya belum mendapat penerangan tentang keadaan sebenar isteri saya daripada Dr yang merawatnya, sehinggalah pada jam 11 pagi saya dapat telefon dari isteri mengatakan Dr membenarkan saya melawatnya dengan syarat2 tertentu. Jam 1245 saya terus ke Wad untuk bertemu isteri dan melalui Jururawat yang bertugas saya hanya dibenarkan sekejap sahaja kerana tidak mempunyai baju perlindungan yang mencukupi,yang ada hanya kegunaan staff di wad itu sahaja. Saya terpaksa mengambil resiko untuk masuk ke bilik tampa baju perlindungan dan hanya berbekalkan mask saja, ini terpaksa saya lalui demi untuk memberi semangat kepada isteri agar dia dapat tabahkan hati menempuh dugaan yang tuhan berikan.

Sebelum disahkan positif,isteri saya telah mengalami deman selama lebih kurang seminggu, mungkin kesilapan saya kerana lewat menghantar ke Hospital, tetapi sebelum itu saya telah menghantar ke Klinik Perubatan Swasta di Lumut untuk rawatan,tetapi Dr di klinik tersebut mengatakan demam biasa saja,dan dia juga ada berpesan jika berlarutan supaya datang balik ke klinik tersebut bagi merujuk ke Hospital Kerajaan. Selang beberapa hari (28 hb jam 8.10 mlm) saya datang balik ke klinik tersebut membawa isteri kerana demamnya tidah berubah tetapi jawapan yang diberikan tetap sama dan hanya dibekalkan dengan ubat batuk,Lalah dan cair kahak sahaja, sehingga lah pada jam 4 pagi 29 hb saya dikejutkan oleh isteri mengatakan sesak nafas dan keadaan badan yang terlampau panas serta batuk yang agak kuat memaksa saya menghantar ke Wad Kecemasan Hospital Kerajaan. Pihak hospital telah mengambil langkah2 tertentu sehinggalah pada pagi besoknya saya diberitahu oleh salah seorang Dr yang bertugas isteri disyaki terkena wabak tersebut kerana melalui X-Ray paru2 isteri sudah dijangkiti.

Isteri terpaksa ditempatkan di wad yang berasingan agar ianya tidak mudah merebak jangkitan terhadap orang lain, Cuma sesekali terdetik dihati kerana kesihankan isteri terpaksa dilayan seperti orang salah. Setelah sample darah diambil untuk ujian dan disahkan positif Wabak tersebut sekali lagi dia dipindahkan ke wad yang kosong dan ditempatkan di dalam bilik yang dikhaskan. Saya juga telah dimaklumkan oleh Dr supaya ini dirashiakan daripada keluarga dan dilarang untuk dilawati oleh sesiapa saja termasuk ibu dan bapa mertua. Kerana tidak sanggup menanggung resiko dan tak tahan melihat keadaannya saya terpaksa juga memberitahu keluaganya bimbang sesuatu terjadi kepadanya saya juga akan dipersalahkannya. Semua ahli keluarga terkejut dengan keadaan ini yang menyababkan saya diajukan berbagai soalan bagaimana boleh terkena jangkitan ini. Seingat saya kami ada menerima tetamu 2 minggu sebelum ini iaitu sepupu isteri yang belajar di UiTM Sri Iskandar tatapi semasa itu Universiti tersebut belum lagi diumumkan merebaknya wabak tersebut

Besar kemungkinan punca jangkitan dari sepupu isteri itu, tetapi semasa isteri ditahan di wad sepupunya sedang berada di kampong kerana diberi cuti seminggu oleh pihak Universiti. Setelah beberapa hari berada di Wad dengan rawatan yang sempurna oleh pihak hospital dan diiringi Doa serta Kesabaran , bertawakal kepada allah daripada semua ahli keluarga juga menjadi ubat yang sangat mustajap di tambah dengan solat hajat berserta air bacaan Yassin untuk diberi minum kepada isteri yang menyebabkan keadaannya beransur pulih dan sehingga sekarang ( 4 Ogos) sudah menampakkan tanda2 untuk sembuh sepenuhnya tetapi masih lagi berada di bawah pengawasan pihak hospital.

Di sini juga saya merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Pihak Hospital Angkatan Tentera (96 HAT Lumut) terutama kepada Dr dan Jururawat yang merawatnya tampa jemu walaupun terpaksa berhadapan dengan resiko jangkitan, tuhan yang maha adil juga akan membalas atas keiklasan tuan dan puan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawap.

Nasihat juga kepada yang diluar sana jika terdapat tanda2 yang dikaitkan dengan wabak ini segeralah ke Hospital kerajaan yang berhampiran dan jika boleh elaklah untuk ke Klinik Swasta walaupun sering diwar-warkan Perhidmatannya lebih baik dari Hospital Kerajaan dan masih ramai lagi Dr yang berkebolehan di Hospital Kerajaan yang berkerja dengan iklas dan penuh tanggung jawap tampa mengenal penat dan lelah.

Saya redha terhadap ketentuan dan ujian besar yang telah Allah SWT berikan pada saya dan berharap langkah2 pencegahan dan panduan dapat dipertingkatkan agar mangsa wabak dapat dikurangkan. Sekian,terima kasih.

Dicatatkan oleh
Suami.
Noziah BT Mustapha ( Pesakit Infuenza A(H1N1)
0300H Ogos 09

Monday, August 17, 2009

Apa itu H1N1?

Lately, everybody is talking about H1N1. Di Malaysia, pendemik telah menular dengan begitu cepat sekali dengan telah meragut 51 nyawa setakat ini. Di dalam kekalutan ini, apa yang aku nampak ialah:-
  1. Phamacutical company berlumba-lumba nak buat vaksin, agent-agentnya pula bertungkus lumus untuk memasarkan ubat-ubat tu. Sesungguhnya syarikat itu daripada Amerika. Kita tahu bahawa US telah mengalami kemeleestan ekonomi yang teruk. Nak bangkit semula bukan sehari-dua, bulan tetapi makan tahun. Dengan mengadakan satu krisis ini, sudah tentunya dapat menjana ekonomi semula. Buat vaksin. Pandai betul muslihat US. WHO pun tak boleh buat apa. main wayang semua ini.
  2. Peningkatan pengeluaran topeng muka "surgery mask". Terbaru, bekalan topeng telah 'deplete'. Sekarang berkontena stok dah sampai. Sapa yang untung.. pikirkan sendiri....
  3. Tahap kesedaran kebersihan mula tinggi di kalangan rakyak Malaysia. Cuci tangan. Guna sinitizer.. sesemua ada. Bersin & batuk ..pergi jauh daripada orang.
  4. Boss pun tak kisah sangat kalau MC pasal demam - nak contain waba tu menular. Tapi ada kakitangan amil kesempatan untuk malas nak gi kerja.
Tentu ada conspiracy di sebalik pandemic ini. Sapa-sapa ada tengok M.I 2 ... tentu korang perasaan... tektik US. Kalau tak, takan ada orang buat cerita cam tu.

Walaubagaimana pun, kita tidak boleh menolak ini ketentuan Allah yang menguji keimanan dan tahap ketaqwaan. Untuk manafat semua, bacalah petikan ini yang aku terima dari email untuk meningkat lagi pengetahuan dan kesedaran korang.

Apakah itu H1N1

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia. jangka hayat virus oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja . jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut. apa yg perlu tahu asal virus ini sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico. virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4 H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk. cara serangan virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi siapa yang berisiko

1 orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2 perempuan yg mengandung
3 orang yg ada astmatic
4 orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

simptom2

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya

day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)

day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

day 4 - sakit dada yg teruk.........jumpa doktor dngan segera.......

day 5 and above lung collapse @ koma langkah2 kawalan
  • golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
  • menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
  • elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
  • jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
  • jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)
  • utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
  • jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
  • jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
  • tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
  • vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
  • utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
  • tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini.
  • sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.

Amin.

Wednesday, August 5, 2009

Ramainya Orang Sakit.....

Allhamdulillah..thank God for giving me a good health and strong physical to continue devoting to Him, taqwa and seeking for His Blessing.

Today, during lunch time, I went to Klang Hospital to visit ex-employee who admitted to the hospital due to diabetes since yesterday. According to him, for entire working life with the company (for 30 yrs), he has never been hospitalised for any serious illness. Average medical leave (MC) he had taken .. less than 5 in a year. He dedicated his whole life to his jobs. He likes his job very much... that is why he worked for 30 years in 1 company.

One thing, I pity him, he got to know that he has been diagnosed with that disease at very last months to his retirement. He chose to leave upon reaching 55. Leave just like that. No farewell. He missed our conference in Sabah. Suddenly, got a news that he is hospitalised rightly after his last day with the company - High fever. Mean that, he has to fork out with own pocket money.

When I was there, Masya-Allah... ramainya orang sakit. Not counting the visitors. Jam packed. The other side is restricted area - for H1N1 patients. The ward is unable to accamodate the number of sickness people. Extra beds were pull in.

I salute and thumbs up to the nurses and doctors who attending to the patients with full hearted. I don't blame them for any rough action they took, sometimes. Maybe, they have to. They are also human, got feeling.

I read a book "the Secret" - topic : The secret to health. The author suggested that:-
  1. The placeb effect is an example of law of attraction in action. When a patient truly believes the tablet is a cure, he receives what he believes and is cured;
  2. "focusing on perfect health" is someting we can do all within ourselves, despite what may be happened on the outside;
  3. laughter attract joy, release negativity and lead to miraculous cures;
  4. Disease is held in the body by thought, by observation of the illness and the attention given to the illness. If you little unwell, don't talk about it. ( which I always do..haha) unless you wan more of it. If you listen peaple talking about the illness, you are actually putting energy into it. Instead, talk about other good thing, give powerful toughts to seeing those people in helath;
  5. Belief about aging are all in our minds, so release those thoughts from your consciousness. Focus on helath and eternal youth.
  6. Don't listen to society's message about disease and aging. Negative messages do not serve you.
As in Islam, you've got to believe those all are from the Almighty testing your iman. Sickness is releasing sins.

Stay in good health and living in prosperity. Enjoy life while you can untill "that moment".

Monday, August 3, 2009

1st Shot (Part 2 - Closed Up)

These are continuation of my previous 'trial' on my gadget. These are taken from the compound area of my in-law's house. Lots and nice flowers. Colorful.

Melihat bunga-bunga ini, aku terpanggil untuk menikmati keindahan ciptaan Allah untuk dijadikan sebagai bahan di dalam blog ini. Warna-warnanya sungguh terpesona.....


red hot

mixed-pinky

fascinating

merah saga

awesome

deep purple

deep purple revived

ultra violet
wild orkid

greenish

bunga di celah duri


my guardian - Mr. Thornie

flowers among the thorns

keep off your hand from my flower