Adsense
Sunday, September 26, 2010
Monday, September 20, 2010
Lonely
Wednesday, September 8, 2010
Thursday, September 2, 2010
Semarakkan Ibadah Pada 10 Malam Akhir Ramadan.
Daripada Abu Hurairah R.A. katanya, Rasullullah SAW bersabda:
Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh, maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya berpuasa". (Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)
TAMBAHAN
Semarakkan Ibadah Pada 10 Malam Akhir Ramadan.
- Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah.
- Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah menghidupkan malam-malam tersebut.
- Mengikat tali pinggang(tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada A-isyah r.a yang maksudnya : 'Adalah Rasulullah saw, apabila tiba sepuluh terakhir Ramadan baginda akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya . (Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Mandi antara Maghrib dan Isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.
- Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan ALLAH, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".
- Melakukan iktikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: "Biasanya Nabi saw beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan".
- Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.
- Memperbanyakkan sedekah.