Adsense

Thursday, April 29, 2010

Kejadian buah kurma .......

MUTIARA KATA ..........

firman Allah " Wahai manusia sesungguhnya kami ciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan berbangsa2 dan bersuku2 untuk kamu saling kenal mengenal
.sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah
orang yang bertakwa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Ketahui lah....

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar
sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap
rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau
yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00
sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih
mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan
gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2
Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang
cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat
mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran
Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan
ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa
asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (
Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari
lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina
tumbuh pada zaman Siti
Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah
diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di
tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan
oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat
kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga
selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba
yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah
s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina.
Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus
dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan
betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar
jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok
tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada bulan
februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar
betina .

Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika
tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang
berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses
kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada
setandan bunga betina yang terkembang dari tandanya. Ternyata untuk
menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh
tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh
tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC.
Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim
menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa
batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar
betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan
untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina .
Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan
ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang
kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang
ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk
atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan
memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya
bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar
untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak
sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa
keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah
Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan
dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.

" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar
kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia,
sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam
a.s. "

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak
boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat
sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan
badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap
kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau
kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita
menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau
lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum
lebar.


WARNING: This message is for the designated recipient only and may contained privileged or confidential information and exempt from disclosure under applicable law and/or may be subject to copyright protection. If you have received it in error, please notify the sender immediately and delete this message. Any other use of the e-mail by you is strictly prohibited. Opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of the company shall be understood as neither given nor endorsed by the company. The company makes no warranties that this message is free from computer virus and the like, and disclaims all liabilities in connection therewith.

source : email